Top Ad 728x90

Lagi Berita

Wednesday, August 31, 2016

Gambar Graduasi gadis dicemari sesuatu

by

Ada sesuatu di belakang gambar itu
Ahhh, tamat pengajian sekolah tinggi. Ia adalah masa yang penting dan terhebat dalam kehidupan mana-mana orang muda yang telah tamat pengajian di Universiti atau Kolej.
Untuk memperingati peristiwa penting, semua gadis remaja ini mahu sesi photoshoot diadakan di lokasi menarik, seperti gadis ini, Jillian henry yang mahukan gambarnya di ambil di sungai Willamette, Columbia, USA.
Jillian Henry, 17, terkejut apabila photoshootnya di ganggu oleh gambar latarbelakang seorang lelaki yang sedang berbogel. Ahh memang kacau la..kalau setakat kucing, binatang, ikan ke, tiada masalah. Tapi kalau ada orang gila sedang berbogel, memang hancur momen gambar kenangan tu
Jom saksikan gambar (hati-hati 18sx) yang telah viral dengan lebih 30,000 tweet semula.
Bertabahla Jillian!







KJ akan dedah Pendrive USB diberi TMJ Jumaat ini

by

KJ ketika menerima pemacu pena USB dari TMJ, baru-baru ini.

KJ dedah maklumat didalam USB Thumbdrive diberikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail pada hari jumaat ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman mengenai isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

 Beliau berkata, berdasarkan bacaannya sejak pendrive kontroversi itu diterima baru-baru ini, ia banyak berkisar soal teknikal dalam bola sepak Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Khairy memberi jaminan jika ia mempunyai unsur dan bukti penyelewengan atau ketirisan, pihaknya sendiri akan menyerahkan sendiri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 "Ia adalah dokumen teknikal bola sepak berkenaan FAM, pasukan kebangsaan, sistem kejurulatihan. Ia bukan satu dokumen yang menyentuh soal penyelewengan keseluruhannya dan saya masih perlu teliti (semua kandungan).

 "Saya sendiri akan serah jika ada bukti penyelewengan kepada SPRM. Takkan perlu untuk kita hantar maklumat teknikal mengenai corak permainan pasukan kebangsaan kepada mereka (SPRM)," katanya. Khairy sebelum ini menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu itu yang diserahkan oleh Tunku Ismail.

 Ia didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sama-sama nantikan apa sebenarnya maklumat rahsia yang terdapat di dalam pemacu pena USB itu. Jika ada maklumat-maklumat salahlaku kuasa, diharap pihak berkuasa ambil tindakan segera.

Sumber:

Kawan sekolah asyik laung 'Merdeka'

by

Encik Merdeka Osman menunjukkan kad pengenalannya
Bangga di panggil Merdeka. Setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, bekas pesara kerajaan, Encik Merdeka Osman dari Kangar berkongsi kisah menarik. Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dia akan berasa bangga kerana dia dilahirkan pada tarikh sama iaitu 31 Ogos 1957.
Malah, dia dilahirkan 15 minit selepas Persekutuan Tanah Melayu ketika itu mencapai kemerdekaan menyebabkan ibu bapanya menamakannya Merdeka Osman.
Bagi Merdeka, 59, walaupun lahir sebagai anak merdeka, semangat pejuang menuntut kemerdekaan yang tinggi tetap mengalir dalam tubuhnya.
“Nama saya sinonim dengan makna kemerdekaan kerana ia unik dan masyarakat suka bergurau dengan nama saya apabila melaungkan Merdeka, tetapi saya tetap bangga kerana ia terus diingati sampai bila-bila,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baruh, Mata Ayer, di sini, kelmarin.
Dia turut tidak pernah terlepas daripada diejek rakan ketika bersekolah disebabkan keunikan namanya itu.
“Masa zaman sekolah dulu, ramai suka ejek nama saya sampai hampir bergaduh dan bertumbuk tetapi itu cerita lama,” katanya.
Dia yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pergigian di sebuah klinik pergigian kerajaan di negeri ini berkata, setiap kali tibanya Ogos, dia tidak pernah lupa mengibarkan Jalur Gemilang di kediamannya.
“Kita seharusnya melihat jasa dan pengorbanan pahlawan negara dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh ikhlas serta penghayatan mendalam,” katanya.
Merdeka pernah menjadi antara 50 orang anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos 1957 dan diraikan dalam satu majlis sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50 pada 2007.

Sumber:

Pemandu maut lori mengundur tiba-tiba

by

Mangsa tersepit apabila lori (gambar) mengundur dan menghimpit mangsa ke dinding
Seorang pemandu lori dari Johor Bahru maut apabila lori itu tiba-tiba mengundur dan menghempapnya ke dinding. Kejadian malang itu berlaku di kawasan Perindustrian Johor Jaya di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Twe Gio Chang, 42, dikatakan turun dari bahagian tempat duduk pemandu untuk memunggah masuk muatan arang kayu ke dalam lori terbabit.
Bagaimanapun, lori itu secara tiba-tiba mengundur menyebabkan mangsa yang berada di antara lori dan dinding, tersepit.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan yang berlaku itu dipercayai akibat masalah brek lori terbabit.
"Mangsa dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, namun akibat kecederaan di kepala dan dadanya, dia maut di lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.

Sumber:

Kejadian Amuk di Balai Polis

by

Parang yang digunakan pesakit mental yang mengamuk di Balai Polis Jeram
Kejadian amuk boleh berlaku di mana-mana saja. Kali ini di balai polis Jeram. Seorang lelaki berjubah kelabu mencetuskan panik apabila mengamuk dan memecahkan beberapa peralatan di dalam Balai Polis Jeram di sini, menggunakan parang.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, pesakit mental berusia 26 tahun itu dipercayai naik angin mendadak selepas menuduh polis gagal menahan penjenayah yang menceroboh rumah ibu saudaranya.
Sumber berkata, suspek mengeluarkan parang sebelum menetak dua monitor komputer dan mesin cetak di meja kaunter aduan balai polis itu.
“Bagaimanapun, ahli keluarga lelaki itu muncul di balai polis sebelum memujuknya. Malangnya lelaki terbabit melibas parang panjang dibawa menyebabkan cermin besar pintu pejabat itu pecah.
“Selepas dipujuk bapanya, lelaki itu beransur tenang dan menyerahkan parang berkenaan,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki itu dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk pemeriksaan dan siasatan mendapati dia pernah cedera di kepala akibat kemalangan dua tahun lalu.
“Sejak pulih daripada kecederaan, lelaki itu masih menerima rawatan di Bahagian Psikiatrik Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
“Sebelum muncul di balai polis itu, lelaki itu turut mengamuk di rumahnya dan keluar dengan memandu kereta bapanya sambil diekori ahli keluarga lain,” katanya.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958, serta Seksyen 90 Akta Polis.

Sumber:

Bapa Rindu Anak Hilang

by


Encik Azmi menunjukkan laporan polis dan gambar mangsa hilang (kiri)
Seorang wanita dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu. Gadis berusia 22 tahun itu hilang tanpa dapat dikesan. 
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, Nurul Atiqah Azmi yang bekerja sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disedari hilang selepas keluarga gagal menghubunginya.
Bapanya, Azmi Mohd Tajuddin, 49, berkata, pada hari kejadian, dia menghantar anak keduanya itu di stesen bas berdekatan hotel di Klang, Selangor untuk ke tempat kerja di KLIA.
"Pada 5.23 petang hari sama, anak saya menghantar pesanan ringkas mengatakan akan pulang pada 27 Ogos sebaik habis bertugas pada 26 Ogos.
"Tetapi pada hari yang sepatutnya dia habis bekerja itu, isteri saya, Noraini Haromi, 43, gagal menghubungi Nurul Atiqah dan telefonnya seakan-akan dimatikan," kata Azmi ketika dihubungi Harian Metro.
Azmi berkata, ketika dia menghantar anaknya ke stesen bas, anaknya itu memakai pakaian uniform kakitangan KLIA berwarna putih.
Nurul Atiqah katanya hanya membawa sehelai selimut di dalam beg kerana sudah menjadi kebiasaannya menumpang tidur di surau KLIA untuk menyambung tugas pada hari berikutnya.
"Pada 27 Ogos lalu, saya ke KLIA untuk mencarinya dan bertanya kawan-kawan sekerjanya tetapi diberitahu yang Nurul Atiqah tidak hadir bekerja sejak 23 Ogos.
"Jadi saya membuat laporan polis di Balai Polis KLIA kerana bimbang sekiranya terjadi apa-apa kepada anak saya," katanya.
Azmi berkata Nurul Atiqah juga tidak mempunyai masalah dengan keluarga dan kelihatan ceria seperti biasa sebelum kehilangannya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Atiqah boleh hubungi Azmi di talian, 018-9526773 atau isterinya, Noraini, 013-2807915.

SUMBER:

Top Ad 728x90

Top Ad 728x90