Top Ad 728x90

Wednesday, August 31, 2016

Bapa Rindu Anak Hilang



Encik Azmi menunjukkan laporan polis dan gambar mangsa hilang (kiri)
Seorang wanita dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu. Gadis berusia 22 tahun itu hilang tanpa dapat dikesan. 
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, Nurul Atiqah Azmi yang bekerja sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disedari hilang selepas keluarga gagal menghubunginya.
Bapanya, Azmi Mohd Tajuddin, 49, berkata, pada hari kejadian, dia menghantar anak keduanya itu di stesen bas berdekatan hotel di Klang, Selangor untuk ke tempat kerja di KLIA.
"Pada 5.23 petang hari sama, anak saya menghantar pesanan ringkas mengatakan akan pulang pada 27 Ogos sebaik habis bertugas pada 26 Ogos.
"Tetapi pada hari yang sepatutnya dia habis bekerja itu, isteri saya, Noraini Haromi, 43, gagal menghubungi Nurul Atiqah dan telefonnya seakan-akan dimatikan," kata Azmi ketika dihubungi Harian Metro.
Azmi berkata, ketika dia menghantar anaknya ke stesen bas, anaknya itu memakai pakaian uniform kakitangan KLIA berwarna putih.
Nurul Atiqah katanya hanya membawa sehelai selimut di dalam beg kerana sudah menjadi kebiasaannya menumpang tidur di surau KLIA untuk menyambung tugas pada hari berikutnya.
"Pada 27 Ogos lalu, saya ke KLIA untuk mencarinya dan bertanya kawan-kawan sekerjanya tetapi diberitahu yang Nurul Atiqah tidak hadir bekerja sejak 23 Ogos.
"Jadi saya membuat laporan polis di Balai Polis KLIA kerana bimbang sekiranya terjadi apa-apa kepada anak saya," katanya.
Azmi berkata Nurul Atiqah juga tidak mempunyai masalah dengan keluarga dan kelihatan ceria seperti biasa sebelum kehilangannya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Atiqah boleh hubungi Azmi di talian, 018-9526773 atau isterinya, Noraini, 013-2807915.

SUMBER:

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90