Top Ad 728x90

Wednesday, August 31, 2016

KJ akan dedah Pendrive USB diberi TMJ Jumaat ini


KJ ketika menerima pemacu pena USB dari TMJ, baru-baru ini.

KJ dedah maklumat didalam USB Thumbdrive diberikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail pada hari jumaat ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman mengenai isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

 Beliau berkata, berdasarkan bacaannya sejak pendrive kontroversi itu diterima baru-baru ini, ia banyak berkisar soal teknikal dalam bola sepak Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Khairy memberi jaminan jika ia mempunyai unsur dan bukti penyelewengan atau ketirisan, pihaknya sendiri akan menyerahkan sendiri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 "Ia adalah dokumen teknikal bola sepak berkenaan FAM, pasukan kebangsaan, sistem kejurulatihan. Ia bukan satu dokumen yang menyentuh soal penyelewengan keseluruhannya dan saya masih perlu teliti (semua kandungan).

 "Saya sendiri akan serah jika ada bukti penyelewengan kepada SPRM. Takkan perlu untuk kita hantar maklumat teknikal mengenai corak permainan pasukan kebangsaan kepada mereka (SPRM)," katanya. Khairy sebelum ini menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu itu yang diserahkan oleh Tunku Ismail.

 Ia didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sama-sama nantikan apa sebenarnya maklumat rahsia yang terdapat di dalam pemacu pena USB itu. Jika ada maklumat-maklumat salahlaku kuasa, diharap pihak berkuasa ambil tindakan segera.

Sumber:

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90