Top Ad 728x90

Wednesday, August 31, 2016

Kawan sekolah asyik laung 'Merdeka'


Encik Merdeka Osman menunjukkan kad pengenalannya
Bangga di panggil Merdeka. Setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, bekas pesara kerajaan, Encik Merdeka Osman dari Kangar berkongsi kisah menarik. Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dia akan berasa bangga kerana dia dilahirkan pada tarikh sama iaitu 31 Ogos 1957.
Malah, dia dilahirkan 15 minit selepas Persekutuan Tanah Melayu ketika itu mencapai kemerdekaan menyebabkan ibu bapanya menamakannya Merdeka Osman.
Bagi Merdeka, 59, walaupun lahir sebagai anak merdeka, semangat pejuang menuntut kemerdekaan yang tinggi tetap mengalir dalam tubuhnya.
“Nama saya sinonim dengan makna kemerdekaan kerana ia unik dan masyarakat suka bergurau dengan nama saya apabila melaungkan Merdeka, tetapi saya tetap bangga kerana ia terus diingati sampai bila-bila,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baruh, Mata Ayer, di sini, kelmarin.
Dia turut tidak pernah terlepas daripada diejek rakan ketika bersekolah disebabkan keunikan namanya itu.
“Masa zaman sekolah dulu, ramai suka ejek nama saya sampai hampir bergaduh dan bertumbuk tetapi itu cerita lama,” katanya.
Dia yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pergigian di sebuah klinik pergigian kerajaan di negeri ini berkata, setiap kali tibanya Ogos, dia tidak pernah lupa mengibarkan Jalur Gemilang di kediamannya.
“Kita seharusnya melihat jasa dan pengorbanan pahlawan negara dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh ikhlas serta penghayatan mendalam,” katanya.
Merdeka pernah menjadi antara 50 orang anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos 1957 dan diraikan dalam satu majlis sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50 pada 2007.

Sumber:

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90